Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Friday 11 December 2009

Balik Kampung..

Ni kisah kami balik kg masa end of Syawal aritu..oleh krn aku br keje n tgh covering tak dpt la nak amik cuti..so kami balik cuti 2 ari je..sib baik la husband bertahan driving dr kl ke perlis gi balik within short period..
Gambar ni actually dah lama (cuti deepavali aritu) tp br ada kesempatan nk upload...
Kebiasaanyer....bile balik kg mmg ini stesyen pertama kami...jenguk TOKWAN...rindu sgt kat dia sejak sethn tak jumpa...yg kelakarnyer die leh lupe kt cucu die si Zulhilmi....ye la klu dah jarang jumpe mesti la die tak ingat...kita yg muda2 ni la kene visit die..lps citer punyer citer br la die recall kami...yg penting kami nak bwk anak2 kenal tokwan n pakcik makcik diorang...
Ni pulak my PIL n adik ipar2..yg plg kecik tu antara family member baru kami...anak kepada Siti n Wan...Ku Aiman ...yg kurus tinggi tu Zulhusni adik hubby yg plg kecik.....Siti..Siti..slim giler..beza tul dr dlu....Iqmal tu dok pusing sbb tgh busy tengok gelagat kucing kt tepi tu..
Dah nama kampung..tak sah klu takder ayam, itik , dusun n bendang n sungai....ini la kampung sebenar...aku mmg cukup suker balik sini..tenang je..otw balik tu kami singgah kt PEKAN RABu utk beli buah tangan sket n ke Penang utk jenguk family makcik di USM (sambil2 visit tempat aku study dlu..)

Jalan2 Cari Makan...

Entry kali ni just nak share dgn semua tempat2 makan yang kami pernah pegi. Aku ni kan tak la brp pandai masak..tp aku mmg suke makan masakan org yg sedap...hmm..hmm..
kat sini aku bg rate ikut aku (1: tak sedap langsung ------5: best giler)

1st : BISTRO, JUSCO CHERAS SELATAN -kedai memuler kami pegi bile balik dr UK aritu


Utk dinner ni kami order western utk budak2, aku mee kari (tp kureng umpph sket) dan hubby nasi goreng paprik..overall rating 4.

2nd : ALIFF BISTRO la pulak (ni kt area Balakong)

ni klu tak silap time dinner merangkap supper...so cumer order roti canai, roti tisu (cam topi tu) n nasi goreng kampung...overall rating utk mamak punyer food mmg 5, tp klu lain2 takat 3 jer...

3rd : MELAKA


Yong tau fu ni jd appetizer masa makan kat Norlihan western n seafood kt Ayer Keroh. Oleh krn lapar sgt tak sempat nak amik gambar..tp leh recommend la sbb harganya murah giler kami makan kt 10 org dlm rm150...makan macam2 lak tu..ngan ikan bakar, tomyam, kerabu mangga, telur bungkus, kailan ikan masin, claypot n air buah..overall rating 4.


Yang ni plak kami lunch kat Nasi Lemak Antarabangsa, Banda Melaka before bertolak balik KL. Kakak mmg lapar betul, Idlan tak layan nasi lemak..die makan mee sup je...ABC my beloved abah yg order...rate as 5 on its own category..


4 : LEMON, Kajang

Ni 2nd time gi LEMON sejak dibuka. Dinner kali ni kakak n myself order mi tomyam, hubby order nasi goreng indonesia dan budak2 order mi sup (as usual) and dessert ice cream. Oleh krn toke nyer David Teoh so food die mmg chinese style...kire rate dlm 4 la..
























































































Thursday 10 December 2009

ENd of Hibernation period....

Lamanya tak jenguk blog ni sejak balik Malaysia aritu....as usual, sebagaimana feeling touch down bumi UK, gitu juga la feeling yg aku rasa biler touch down semula Malaysia. Entah..blur semacam rasanya..daripada rumah sampai ke tempat keje..Itu br setahun tinggalkan Malaysia lum 3-4 thn...mungki aku melalui fasa hibernation klu bahasa saintifik.

Kalau ikut definition OS , Hibernate is the ability of some operating systems to suspend themselves completely to persistent storage. Biologically, hibernate tu adalah " a state of inactivity & metabolic depression in animal eg lower body temperature, slower breathing & lower metabolic rate. If apply to myself, it might be true or not true and it is depending on the situation. Kalau ikutkan, mmg aku betul2 nak relax sereleksnyer...byk aktiviti rutin yang aku tak buat contohnyer dapur aku berasap betul2 hanya selepas 2 bln lebih balik sini dan seboleh2 nyer mengelakkan diri memasak. But @ the same time aku sebenarnyer cube menstabilize diri aku..org kata to settle down...dr segi life as mother of 3 n juga nak belajar new responsibility di ofis termasuk to entertain other important things yg mmg come & go whitout notice. As if masa yang diperuntukkan utk aku tak pernah cukup...dan ada ketikanya my body is too exhausted when reached home.

But after sometime, aku rasa cukup la tempoh bertenang aku ni. I need to do some interesting activities...to make my life more colorful. This is the time when I should do something that I wanted before. Wat was that?..i also dont know...but the most i ever interest on @ present was to go for makan2 and vacation (ths is my top list hobby..) ..apa2 pun aku bersyukur pada Allah kerana diberi peluang belajar n berjaya menempuhi the hectic life as a student dan juga at the same time diberi peluang menjenguk negara orang. Now my life is kembali normal.

Wednesday 19 August 2009

Tinggal Sebulan Lagi...

18 Ogos 2009 - 18 September 2009

Tinggal sebulan je lagi untuk aku kembali ke Malaysia.
Sebulan terakhir ni rasanya macam-macam benda yang perlu diselesaikan.

Paling utama adalah projek final aku. Walaupun plan asal aku nak siapkan keje sebelum trip aku yang baru ni...semuanya tertangguh dek kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Itupun sebab melibatkan orang (sapa lagi kalau bukan SV aku).

Kerja2 Packing pun masih belum selesai...tapi akan diselesaikan by 29 Ogos ni. Masih banyak barang yang perlu digunakan. Itupun hubby dah start packing sikit2...buku2 aku pun dah lama dok dalam kotak, cuma barang2 dapur je belum pack betul2..maybe malam 28 nanti baru boleh nak kemas betul2.

Penyerahan kunci rumah ni akan dilakukan pada hari terakhir kami duduk dirumah ni pada 2hb September nanti. Masa tu la hopefully, segala proses berjalan lancar dan deposit aku dapat semula. Ada la belanja raya aku nanti..he..he..

Barang2 yang tak ingin dibawa ni aku masih tak tau nak bagi pada sape. Orang yang paling aku aim nak bagi adalah kawan aku kat brunel ni sebab kat sana komuniti agak ramai, so boleh la die faraidh pada sapa2 yang memerlukan...

Pindah rumah..right after aku serahkan rumah ni pada agen, aku akan pindah ke rumah Aino dekat degn Kingston Univ. rasa macam di set2 je...masa mula2 sampai UK dan masa nak balik UK kene dok rumah Aino...Thanx tu Aino n family sbb sudi sewakan rumahnya utk kami sefamily. Pening jugak aritu masa nak pikir camner nak dptkan deposit before kami balik Malaysia dan jugak macam mana pulak kami nak memasak bila barang semua dah di shippingkan.

Urusan-urusan perbankan, billing insyallah akan diselesaikan secepat mungkin. Ada yang pesan tak perlu close akaun bank, betul juga..tinggalkan la barang sepuluh dua puluh pound dlm tu. Then Virgin pun dah bg box utk aku return perkakas dia...cuma ada tinggal baki sebulan kontrak. Bil api n gas kami dah bayar in advance, hopefully tak da yang akan tertunggak nanti.

Urusan utk jadi tour guide pada adik aku dan kawan aku Sudin akan diserahkan pada suamiku memandangkan aku memang dalam keadaan 'kritikal' sekarang. Aku cuba sehabis baik utk complete kan kerja aku, kalau sempat hari Ahad ni aku join u all berjalan...

Urusan yang paling grand skali adalah poster presentation aku nanti 15 dan 16hb Sept..dengan rite up yang tak siap lagi ni, aku tak boleh nak submit utk printing poster. aku doa2 by this end of the month rite up aku selesai so semuanya akan setel secepat mungkin.

Sunday 9 August 2009

1st time beli JAM sendiri..

Macam pelik je kan tajuk tu..tapi pasal jam ni lah yang aku nak cite apa yg berlaku pada aku on 8 Ogos (semalam)...Sebelum aku citer lebih lanjut aku kene citer dulu sejarah aku mempunyai jam tangan. Aku mmg tak boleh hidup tanpa jam kat tangan sbb rasa macam kosong n tak lengkap. Kalau aku tertinggal jam masa nak gi kelas dulu2 sanggup aku lari pegi amik sbb aku rasa klu takder jam kt tangan hidup aku 'tak keruan' (the best word). Tapi, aku ni seorang yang setia pada jam yang ada..aku tak pernah simpan lebih satu jam in one time. Aku akan pakai sampai la jam tu rosak. Sesetengah orang suke buat collection (the best example is my husband..ya Allah pantang tgk jam seme nak beli..sorry yer yang..'tergosip' lak cni..ke..ke..ke..).




First jam yg aku suka adalah present ayah aku masa UPSR dulu...aku suker betul jam tu ..masa tu brand Dunhill..(aku pun tak pasti tu clone ka apa..) tapi aku pakai smpai la jam tu kong..Then, aku pernah beli beberapa jam murah..(ye la masa tu mana la nak mampu.. student kan..duit pun takda)..termasuk la jam tangan BOY LONDON kalau org ingat time zaman tu kecoh pasal jam ni..ala beli kat pasar malam je...tapi aku rasa kalau aku kira2 balik tak sampai 10 jam yg aku beli sendiri.

Sejak berkawan ngan Zulhilmi yang sekarang suami aku..dia la yang selalu belikan jam tangan aku. Walaupun aku suka pakai jam, tapi aku tak kisah pun nak beli jam..sebabnya peel aku takkan tukar selagi jam tu tak kong..aku akan tukar bila die beli yang baru..dan selalunya aku pakai jer sbb aku tak kisah jam cap apa...slalunya sesuai jer ngan aku... dari masa kawan, sampai la masa tunang dan sampai la masa khawin...dah byk kali dia beli jam aku..jam yg aku pakai sekarang adalah jam masa khawin...dasat kan..!!..laki aku dah tukar macam2 jam..aku pun tak ingat mana la jam Louis Arden dia yang sama ngan aku dulu...sbb dah banyak kali sangat dia beli jam baru.


Sampai la jam hantaran aku tu kong kat UK ni. Lepas jam tu kong ..aku rasa sejak 5 atau 6 bulan yang lepas..aku tak ber'jam' tangan. Memang agak kekok jugak mula2..terpaksa bergtg pada tepon...Satu sebab aku tak sempat nak ke kedai gi tukar bateri..life aku agak hectic masa tu..last2 sampai aku tak kisah pulak tak berjam tangan...yang kedua sebab konon2 nak beli jam kat UK ni utk kenang2an. Sanggup tunggu summer sale utk tgk apa yang offer...berapa kali aku gi kedai utk survey..HM Samuel ke.sampai la ke Argos..seme aku tak berkenan..(tak berkenan sebab mahal...tak mampu beb..!!)....sampai la Amazon bagi email kt aku pasal watch sale up to 60%....bayangkan la..hajat nak bangun pagi kul 5 pagi nak buat keje tukar jadi gi survey jam tangan kt Amazon..dari 5 pagi smpai kul 12 tgh....macam2 masuk dalam basket aku..last2 ada la satu jam terpilih.. pastu aku pulak pilih jam utk laki aku (coz die merajuk sbb aku asyik cakap jam laki semuanya mahal2....) ..finally kitorang sama2 order kat Amazon sebagai tanda hadiah our future Anniversary (31 Ogos 2009). Walaupun lg 3 minggu lagi..tapi tak kisah la beb... yang penting utk pertama kalinya selepas 7 tahun berkhawin aku berjaya beli jam tangan aku sendiri (itu pun lepas consult laki aku design mana yang best)...cap DKNY tu!!..aku suka jam ni...sebab kaler n design dia...taste aku simple je kan..jadi la wat kenang2 an.. Ha..nak tengok ..ni la saat2 mendebarkan masa dapat parcel dari AMAZON tu..he..he..



Masuk rumah (balik dr Portsmouth Harbour) laki aku perasan ada parcel. Aku agak laki aku punyer jam sbb jumaat tu Royal Mail dah sent sbb mmg ada notis delivery dari Amazon utk jam dia...so aku tak kisah pun...terus siap makan kat dapur sebab lapar giler...







Then bila laki aku cakap ni jam pompuan terus aKu rasa berdebar ...rasa suprise lebih dari masa bukak hadiah masa khawin...he..he..





Rasa cam tak sangka pulak...aku ni mmg tak pernah follow any brand sebab jenis tak kisah n tau tak mampu nak beli..tapi bila berjaya memiliki jam ni aku rasa satu macam perasaan happy sangat2...






Kalau sesiapa yang suka survey, harga jam ni kat pasaran £99..(=dkt rm 600)..tapi Amazon buat sale aku dapat £45 termasuk VAT....simple je kan..sesimple tuannya..





Ini lah jam pertama yang aku beli merangkap hadiah Anniversary kami berdua utk menghargai masa kami bersama (6thn kawan + 7 tahun khawin)...aku puas hati sangat2..entah bila pulak aku nak beli jam lagi...tgu sampai jam ni kong jugak kot..he..he..

Tuesday 4 August 2009

Packing..oh packing...

Aku ni tak sabar nak tgu kotak sampai sebab nak packing barang cepat2..aku rasa barang aku macam makin bertambah la pulak. Kalau ikutkan ada lagi barang yang belum aku beli eg gift dan coklat (rasanya yg lain2 dah cover kot...). Aku order aritu 4 big, 5 medium dan 5 small ikut estimation yang terdahulu sebabnya ada sebahagian nak suruh adik2 aku bawak naik AIRASIA nanti (25kg each) plus barang kami yang allow naik MAS ~ 150kg. Tapi aku rasa macam tak cukup pulak kotak ni sebab aku pun tak dapat imagine actual size kotak yang akan sampai.

Kalau dah tak muat sangat ada la barang2 yang terpaksa ditinggalkan atau dijual pada member2 aku nanti. Antara barang yang confirm ditinggalkan adalah tv, video, pushchair (double & single) dan karpet (ni tak pasti lagi..maybe nak bawak juga kalau muat)...dan maybe dinner set yg aku beli kat ARGOS tu (tkder dlm gambar)...berat sangat..aku ni mmg tak suka pakai porcelain. Kebykan dinnerware sini mmg porcelaine...luminarc pun porcelain!..Tapi kalau kire2 bawak balik pun takper..leh hadiah kat sedara mara kt kg kan..mahal tu kalau ikutkan around £25 = rmRm150 tuuuu..tp tu la plus minus kos shipping mcm tak baloi pulak nak bawak...hmm..tgk la mcm mana...














Stroller yg atas tu kes beli sbb ingt nak angkut Idlan n Iqmal skali..last2 tak pakai pun sbb too bulky....push chair yg bawah tu pulak mmg banyak berjasa bawak Iqmal ke hulu ke hilir..best sbb ringan..tapi dua2 akan ditinggalkan...sbb kat Mesia mmg sah2 tak pakai..dioran gdah besar leh jalan sendiri..






Tv n video ni sah2 la tinggal..beli kat carboot dulu pun £25..dvd player tak silap £15 zul beli.....ingat nak jual kt 'boypren' SUBWAY aku tu nanti (laki aku ckp boypren aku sbb die slalu bg roti free..asal aku gi SUBWAY je dpt vege burger free..n sejak 2 minggu ni aku slalu dpt roti yg short expiry date)..aritu dia kata mcm berminat nak beli...kire cincai la dua barang £20 ..ok kan?... yg bawah tu decoder VIRGIN..kene return semula kt company..











karpet n rag ni aku sayang jugak..sbb beli kat ARGOS pun mahal tak ingat la berapa..tp around £70 - £100 kot semua...klu boleh nak angkut bawak balik..


















Water filter n kettle.....tinggal..sbb kat rumah dah ada







car seat ni beli utk Iqmal dulu...beli kat Ina £5...he..he..sesapa yg kt area UK ni nak bgtau cepat2..aku bg free jer la..aku mmg tak bwk la ni..sbb aku ada 2 lagi booster nak hangkut bwk balik Mesia..




Carrier/Trolley ni aku suka..ingat nak bg mak aku bawak gi pasar sbb mak slalu beli banyak2 buat stok...tp malangnya tinggi sangat la..tak tau la muat ke tak kotak tu nanti...kalau muat aku bawak kalau tak babai ler...

Ini la brg2 yg akan ditinggalkan..aku ni sbb brg sket sgt nak sewa kontena...klu tak mmg aku angkut..nak tumpang kontena kak eda..jauh sgt la pulak kt Liverpool nun...takpa la bawak mana yg mampu je la..

Dessert yang selalu ku buat...

Ini adalah antara dessert yang selalu ku buat, leh kata tiap2 bulan la mesti wajib makan puding roti bakar dan fruit tart ni. Sebabynyer aku suka, hubbyku suka n anak2 ku suka..satu lagi paling senang nak buat...he..he..tak perlu amik masa lama..within half an hour dah siap.









Resepi tak payah la kot nak publish kat sini sbb aku pun bukannyer pandai masak pun..ikut suka (ISA) aku punyer sukatan..so tak pernah ada exact measurement...janji sedap..
Puding roti tu aku campur je mentega, gula, telor, fresh milk, roti, kismis dan badam dan bakar..zul tak suka yang kukus..so, ikut taste boss suka bakar.
Utk Fruit tart ni slalunyer aku beli yang small kat M&S atau ASDA, tapi kali ni (sebab nak berbuka puasa punyer pasal) beli yang besar terus plus nak menghabiskan fruit dan yogurt strawberry budak2 ni sbbnyer peti ais aku buat hal minggu lepas. So dari rosak semuanya baik la aku perabihkan..tu yang nampak cam meriah jer n colorful...Bahannyer kastard, gula n fresh milk jugak...tp yg ni aku letak yogurt skali...