Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Wednesday 19 August 2009

Tinggal Sebulan Lagi...

18 Ogos 2009 - 18 September 2009

Tinggal sebulan je lagi untuk aku kembali ke Malaysia.
Sebulan terakhir ni rasanya macam-macam benda yang perlu diselesaikan.

Paling utama adalah projek final aku. Walaupun plan asal aku nak siapkan keje sebelum trip aku yang baru ni...semuanya tertangguh dek kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Itupun sebab melibatkan orang (sapa lagi kalau bukan SV aku).

Kerja2 Packing pun masih belum selesai...tapi akan diselesaikan by 29 Ogos ni. Masih banyak barang yang perlu digunakan. Itupun hubby dah start packing sikit2...buku2 aku pun dah lama dok dalam kotak, cuma barang2 dapur je belum pack betul2..maybe malam 28 nanti baru boleh nak kemas betul2.

Penyerahan kunci rumah ni akan dilakukan pada hari terakhir kami duduk dirumah ni pada 2hb September nanti. Masa tu la hopefully, segala proses berjalan lancar dan deposit aku dapat semula. Ada la belanja raya aku nanti..he..he..

Barang2 yang tak ingin dibawa ni aku masih tak tau nak bagi pada sape. Orang yang paling aku aim nak bagi adalah kawan aku kat brunel ni sebab kat sana komuniti agak ramai, so boleh la die faraidh pada sapa2 yang memerlukan...

Pindah rumah..right after aku serahkan rumah ni pada agen, aku akan pindah ke rumah Aino dekat degn Kingston Univ. rasa macam di set2 je...masa mula2 sampai UK dan masa nak balik UK kene dok rumah Aino...Thanx tu Aino n family sbb sudi sewakan rumahnya utk kami sefamily. Pening jugak aritu masa nak pikir camner nak dptkan deposit before kami balik Malaysia dan jugak macam mana pulak kami nak memasak bila barang semua dah di shippingkan.

Urusan-urusan perbankan, billing insyallah akan diselesaikan secepat mungkin. Ada yang pesan tak perlu close akaun bank, betul juga..tinggalkan la barang sepuluh dua puluh pound dlm tu. Then Virgin pun dah bg box utk aku return perkakas dia...cuma ada tinggal baki sebulan kontrak. Bil api n gas kami dah bayar in advance, hopefully tak da yang akan tertunggak nanti.

Urusan utk jadi tour guide pada adik aku dan kawan aku Sudin akan diserahkan pada suamiku memandangkan aku memang dalam keadaan 'kritikal' sekarang. Aku cuba sehabis baik utk complete kan kerja aku, kalau sempat hari Ahad ni aku join u all berjalan...

Urusan yang paling grand skali adalah poster presentation aku nanti 15 dan 16hb Sept..dengan rite up yang tak siap lagi ni, aku tak boleh nak submit utk printing poster. aku doa2 by this end of the month rite up aku selesai so semuanya akan setel secepat mungkin.

2 comments:

  1. Salam kak ida...hohooho..dah mari time sibuk nampaknya..hehehe...sayapun pihak uni dh minta proposal thesis..huhuhu..tak tahu lagi nak buat apa...dok kontek2 dgn kak liza sbb dia cakap bhgn byk projek...harap2 dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. betul tu..moga2 Allah permudahkan urusan kita berdua..amin..

    ReplyDelete