Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Monday 6 July 2009

Takdir dan Waktu

Ntah kenapa hatiku tetiba sayu sejak lepas dinner tadi..Fikiranku mengimbau kenangan lama yang pernah aku lalui dahulu .. adakah kerana aku rindukan family di Malaysia atau pun kerana aku terlalu banyak berfikir dengan masalah yang aku hadapi sekarang..(inilah kelemahan aku yang menyebabkan suamiku akan risau kalau aku ada masalah kerana aku suka sangat ‘mengkaji’ masalah sampai aku jadi tension)..tapi dengan sokongan suamiku tersayang..sikit sebanyak habit buruk tu aku cuba kikis sedikit demi sedikit...

Sebenarnya, aku memikirkan betapa untungnya menjadi anak2 kecil, mereka tidak pernah mengenal erti masalah. Walau betapa susahnya ibu bapa, akan seboleh-bolehnya akan tunaikan permintaan anak-anak kecil. Anak-anak aku tidak pernah melalui apa yang aku rasa terdahulu mungkin rezeki mereka. Mungkin dari situ la aku teringat zaman aku ketika kecil dahulu. Aku bukanlah dari keluarga berada... Teringat betapa susahnya aku melalui kehidupan kanak-kanak, remaja dan zaman persekolahan aku dahulu. Sejak dari aku tingkatan satu hinggalah aku berjaya mendapatkan tempat di Matrikulasi. Segala susah payah ibu bapa aku sentiasa dalam ingatan...seboleh-bolehnya mereka ingin sekolahkan aku di tempat yang terbaik.

Dengan berkat akal fikiran kurniaan Allah, ditakdirkan cita-citaku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi tercapai dan idola aku ketika itu ialah ayahku seorang Pembantu Farmasi. Mungkin kerana kehidupan ketika itu serba kekurangan, aku tidak yakin dengan diri sendiri untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan hanya berpuas hati untuk menyambung cita-cita ayahku yang tidak kesampaian ke USM. Tapi aku bersyukur, kerana kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku dan kerana mungkin rezeki aku untuk ditakdirkan bertemu jodoh di USM.

Sampai ketika dan waktu tulisan ini ditulis, aku tidak menyesal atas keputusan aku melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, cuma ada waktu dan ketika aku belum merasakan kepuasan dalam bidang tugas ini. Aku masih tercari-cari apakan sebenarnya yang akan membuatkan aku merasakan kepuasan. Aku tidak pernah lekang memanjatkan kesyukuran atas segala rezeki yang Allah berikan dan peluang aku ke sini adalah merupakan satu anugerah yang tak ternilai dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi, aku ditemani keluarga tersayang membuatkan aku lebih bersyukur. Oleh itu, saat-saat terakhir untuk aku menghabiskan saki baki study aku perlu aku gunakan sebaik-baiknya.

Aku bersyukur kerana berkat usaha aku, Allah perkenankan permohonan aku untuk aku berjaya dalam kesemua subjek yang aku amik untuk kedua-dua semester. Cuma perkara yang merisaukan aku ketika ini adalah progress final project aku yang agak masih kabur-kabur walaupun komunikasi aku dan supervisor saling tak putus. Aku berdoa semoga projek ini berlangsung dengan lancar walaupun waktu yang tinggal hanya satu bulan setengah lagi utk aku siapkan. Moga Allah beri kemudahan dan lancarkan segala urusan dan aku beroleh kejayaan..aminnn..

1 comment:

  1. Takper kak ida..yg penting usaha...rezeki tu Allah yg aturkan...kita buat 'keje' kita..Allah buat 'keje' Dia...moga hati jadi lebih tenang...pejam celik insyaAllah..siapla tu nanti....

    ReplyDelete