Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Saturday 16 May 2009

Journey to North England (23 Apr - 27 Apr) 2009

23 April-27April 2009

Pengalaman paling manis kami setakat ini apabila dimurahkan rezeki oleh Allah untuk tour North England pada 23 Apr-28 Apr yang lepas. Tour ni dah di ‘plan’ 2 bulan yang lepas apabila adik2 aku confirm datang UK. Berikut adalah ringkasan perjalanan tempoh hari :

23hb April 0.00am – Ejai dan Syahirah tiba di bumi Uk ditemani kawan baik aku Aida. Kami semua tidur di Travelodge Stansted pada malam 23 April tu...agak selesa juga family room yang kami booking tu....agak risau juga mula2 tapi depa tak check pun berapa orang so selamat la..sampai2 terus bukak bekalan dari Malaysia esp sambal ikan bilis dan serunding makan dengan nasi yang aku bawak sikit utk diorang.

23 April 9.00am- Perjalanan di mulakan dengan melawat Cambridge. Kami spent masa sekejap sahaja memandangkan target nak sampai ke Old Trafford Stadium sebelum lewat petang. Dalam perjalanan aku pun booking Stadium Tour untuk kami semua..2 kali aku call sebab tukar timing. Sampai Manchester dalam 3.30 terus bukak bekal...makan time!..Tour kami start pukul 4.20ptg..Orang paling excited masa tu adalah cik abang aku la ‘die hard fan’ MU...yang dah lama menyimpan hajat sejak kat Malaysia lagi. Then kami terus gerak ke Liverpool. Sebelum sampai rumah member aku (juga senior aku Kak Eda) kami jalan2 dekat Albert Dock, Liverpool.

24 April – Kami gerak pagi2 dengan dibekalkan nasi lemak sedap dari kak eda ke Glasgow. Sebelum tu kami sempat jalan2 kat town Liverpool dan Anfield Stadium (Liverpool). Tapi perjalanan agak terbatas sebab hujan turun dengan renyai2. Sampai Glasgow dalam pukul 4 ptg. terus ke BonnyPack. Tapi indah khabar dari rupa, bagi kami takde la menarik sangat...(Idaman Suri lagi best kot..he..he..) Mungkin bukan musim kot..entahla..hajat di hati nak cari Correlle..takde design yang berkenan. Terus kami check in kat Braehead Travelodge di Glasgow sebab nak ‘isi perut’ dan tunaikan sembahyang jamak. Selepas tu baru la jalan2 kat town.

25 April- Hari ini adalah hari yang paling best, thrill dan mencabar bagi kami especially cik
abangku la..yang kene drive nak pusing Highland...dengan forecast yang mengatakan hujan di kebanyakan tempat. Dengan berbekalkan sandwich kami meredah country, castle, bukit bukau, gunung ganang, tasik, sungai di bumi Scotland. Indah sungguh pemandangan ciptaan Allah ... akan sentiasa dalam ingatan sebagai kenangan berada di sini. SubhanAllah!..hampir setiap tempat menarik kami singgah dan merakam gambar kenangan. Perjalanan satu hari amat menyeronokkan walaupun jelas kelihatan penat pada wajah suami tercinta. Kami tiba di Travelodge, West EndEdinburgh pada jam 7ptg. Selepas check in kami terus kami ke Restoran yang menghidangkan Nasi Beriani Halal. Malam tu semua tido dengan kepenatan.

26 April- Hari ini dimulakan dengan hujan renyai2 tapi tetap kami redah. Kami sempat ke National Gallery, Edinburgh Castle (tp tak masuk pun) dan kawasan sekitarnya. Sebenarnya tak puas jalan sebab hujan dan mengejar masa. Dah la nak cari parking susah dan banyak jalan kene block sbb construction, navigator pun pening asyik dok pusing jalan yang sama. And the worst past ialah kami terlebih masa parking setgh jam so, sampai la ‘surat cinta’ dari Majlis Bandaran Edinburgh..kene la bayar compound £30..huh..tu cukup utk makan nasi beriani satu family. Dengan geram kami terus takder mood dan bergerak ke New Castle. Perjalana menyusuri pantai memang best...atas recommendation member kami singgah juga di Bamburgh Castle dan Alnwick Castle (tempat shooting Harry Porter)..tapi tak dapat la masuk sebab dah lewat petang. Sampai New Castle Upon Tyne terus ke TyneMouth dan dalam hujan kami menghayati persisiran pantai dan bunga tulip yang di tanam di kawasan sekitar. Sebelum gelap kami tiba di rumah Kak Pija dan menginap semalam di sana.

27 April- Kami mulakan perjalanan pulang ke Feltham. Dalam perjalanan kami singgah sekejap di bandar New Castle Upon Tyne walaupun hujan. Then kami ke Designer Outlet, York...tapi tiada yang menarik..(bagi aku la..) so sempat pusing2 kami pun terus bergerak pulang. Hajat nak singgah Nottingham dan Birmingham tapi masing-masing dah tak larat especially driver, anak2 dan juga adik2 yang penat jetleg tak habis lagi..(walaupun aku ni tetap bersemangat nak menyinggah lagi sebelum sampai di rumah...he..he..mana taknyer kiter co driver tido je...org yg bawak la yang penat..he.he..). So, tepat jam 8.30 kami tiba di rumah dan selepas siap mengangkut barang ke dalam rumah kami terus ke Surbiton untuk menjamu selera nasi beriani di rumah Aino.


Sebenarnya aku ni memang suka sangat berjalan tengok tempat orang. Thats why aku utilize betul2 masa aku yang setahun di sini. Ye la...ntah bila lagi aku boleh datang belajar or makan angin kat sini (mampu ke..!?!)...so, selagi ada peluang selagi itu la akan aku gunakan dengan syarat ianya tak mengganggu masa study. Next trip aku...hmm..hmm..belum fikir lagi tapi hajat2 nya nak ke Disneyland Paris sebelum balik Malaysia..insyallah..itupun jika ada rezeki.

1 comment: