Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Thursday 21 May 2009

Lawatan ke St. Paul Cathedral

19 May 2009 – Lawatan ke St. Paul Cathedral, St. Paul, Central London

Acu teman kakak...
Hari ni adalah trip ke 3 Zureehan sejak berada di Crane Park Primary School. Sebelum ni trip ke Bushy Park dan yang ini adalah trip ke dua utk melihat senibina bangunan selepas trip ke Gurdwara tempoh hari. Seperti biasa ibu dan ayah tak dapat nak temankan zureehan tapi sayang nak lepaskan peluang ni coz nak beri pendedahan pada dia dari kecil. Nasib baik la Acu ada..so, Acu la jadi ‘mangsa’ kena temankan kakak...lagipun nak bagi Acu release tension coz asyik duduk rumah je..elok juga Acu jalan2 kan walaupun diberi tanggungjawab utk jaga 3 orang kanak2 setiap carer/penjaga. Aku join jugak dengar briefing pag2 morning dengan cikgu..wah mmg very organized and systematic la depa ni...siap dgn rules & regulation..dan apa perkara yang perlu dibuat sepanjang perjalanan ke destinasi.

Hari tu agak mendung dan dah mula nak hujan sikit2. Zureehan dan Acu dah biasa naik train so, tak la masalah sangat cuma naik bas then naik picaddily line before tukar kat Holborn utk naik ke central line. Semua tiket ditanggung beres oleh pihak sekolah..bekal jer kene bawak sendiri coz zureehan tak amik pakej makan yg disediakan oleh sekolah. Sampai sana dalam kul 11 pagi then before masuk dalam diorang terus breakfast terdahulu. Then staff yang incaj , Emily brief tentang sejarah penubuhan church tersebut...yang kelakarnya..tak lama lepas masuk dalam n jalan2 dalam bangunan dapat komplen dr paderi yang tengah buat upacara sembahyang n khutbah kata rombongan ni bising..maklum la...3 kelas (Apollo, Gemini dan Emerald) dekat 60 orang semuanya...mesti la bising sikit.




Special room for Queen , Harry Porter & the Prisoner of Azkaban dan DOME

Actually tujuan trip ini adalah untuk identify dan belajar tentang shape seperti square, dome, spiral, rectangle, circle, semi circle dan sebagainya. So, dalam Church yang besar tu diorang dibawa melawat ke tempat2 antaranya ‘Special Room utk QUEEN’ yang pintunya sahaja seberat 2 ekor gajah yang dibuka menggunakan remote control...Then, mereka berpeluang masuk ke bilik yang digunakan untuk shooting filem Harry Porter yang mempunyai tangga berbentuk spiral..sayangnya tak boleh amik gambar kalau tidak boleh tunjuk kat sini. Yang paling best, thrill serta memenatkan mummy budak2 tu ialah apabila diorang naik tangga dekat 200++ anak tangga ke atas hingga ke dome ...terdengar la suara2 kepenatan...” oooh..my leg is shaking...” ...dekat atas tu dapat lihat pemandangan sekitar London, river thames dan bridge2 sekitarnya..memang cantik..!!..Dome tersebut beratnya hamper 65 ekor gajah equivalent ke 65ribu tonne..hu..hu..berat tu...!!..Turun dari Dome terus lunch and ada aktiviti and posing utk gambar kenang2an sebelum bertolak pulang.

No comments:

Post a Comment