Somebody, Someday, Somewhere around UK 08/09


Slideshow

Saturday 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU & STUDY KU..

Hari ni adalah Sambutan Hari Guru di Malaysia. Hari ini kira agak special bagi aku sebabnya suamiku seorang guru..he..he..SELAMAT HARI GURU SAYANG!!..tapi untuk tempoh setahun ni suamiku tak mempraktikkan tenaganya sebagai guru kerana menemaniku study di sini. Terima kasih Cikgu Zul...jasa abang memang tak terbalas. Anyway..Aku memang dah awal-awal wish tapi aku rasa macam tak best kalau tak bagi apa-apa. So aku pun cadang nak beli t-shirt untuk dia, dah beli tapi malangnya t-shirt yang aku beli agak besar sikit hmm..kene la tukar semula minggu depan. Sorry la sayang...yang dah ‘kurus’ agaknya..he..he..padahal..saiz t-shirt yang biasa dia beli L tapi bile kat sini L adidas tu tak sama dengan L yang biasa..hu..hu...nasib baik la laki aku sporting n tak kisah pun...janji dapat t-shirt baru kan yang!!..

Aku ni lagi beberapa hari nak ‘berjuang di medan peperiksaan’. 3 paper berderet dgn gap 2 hari setiap satu. Agak ngeri juga sebab ni kan final exam ..dah tu paper pulak berat yang amat..berpinar juga mata aku dibuatnya nak study paper berat2 ni. Dalam 2 minggu ni memang aku kene pulun sebaik mungkin. Alhamdulillah suami dan adik aku amat memahami dan membantu aku untuk buat persediaan. Bantuan kalian amat-amat aku harapkan dan amat dihargai untuk tempoh waktu kritikal ni. Aku ni belajar memang kene dalam keadaan tenang..samada senyap awal2 pagi ( malam aku kalah sebab mata aku cepat no nak lelap) atau pun aku pegi tempat yang sunyi macam kat library. Bukan tak boleh study dengan hiruk pikuk anak2 aku tu tapi aku rasa aku akan banyak melayan diorang dari aku baca buku...last2 study ntah ke mana. Dari aku mengadap buku tapi tak masuk apa lebih baik aku spent masa kat library sekejap janji berkualiti. Lepas ni pula start dari 8 Jun hinggalah September aku akan sibuk dengan Final project aku..hajat kami nak sambut raya di Malaysia tak kesampaian sebab kene tunggu habis viva dan poster presentation dan final submission adalah pada 25hb September. Aku mohon pada Allah semoga segala usaha, tenaga dan masa aku mentelaah disini diberkati dan dipermudahkan segalanya perjalanan hidup aku sebagai pelajar di sini. Aku mohon kepada Allah yang Maha Agong semoga aku berjaya dengan cemerlang. Aminn..

No comments:

Post a Comment